Saturday 8 August 2015

Samsung NX500 ! Bakal Mengugat

Kehadiran gajet baru dalam pasaran kamera mirrorless sentiasa dinantikan oleh penggemar gajet. Terkini Samsung mengeluarkan kamera kategori mirrorless NX500. Kamera kompak kelihatan seperti kamera rangefinder tanpa EVF ini memuatkan sistem yang diambil daripada model abangnya iaitu NX1. Dengan resolusi 28 megapixel, apsc BSI sensor menjadikan kamera ini kamera dengan resolusi tertinggi utk sensor bersaiz apsc pada masa entry ini ditulis. Reka bentuk kelihatan seperti siri nx300 terdahulu namun masih mampu memuatkan fungsi seperti NX1 yang berharga 3 kali ganda. Untuk pengetahuan, NX1 merupakan kamera high end model daripada Samsung.

 Apa kelebihan kamera ini berbanding dengan kamera lain ialah video dengan definisi 4k iaitu 4 kali resolusi full hd. Kebanyakan kamera sekarang hanya mempunyai video beresolusi full hd sahaja. Kamera ini mengunakan hibrid autofocus iaitu gabungan phase detection dan contrast detection, suatu combo untuk kepantasan dan ketepatan. Tanpa pemeperosesan yang baik tentu sahaja kamera ini akan berfungsi dengan perlahan dan mengambil masa yang lama untuk menyimpan gambar bersaiz 28mp dan video 4k. Kekuatan DRIMe Vs Processor daripada Samsung yang diambil daripada NX1 memastikan semua fungsi adalah pantas tanpa lag.




Sambungan tanpa wayar
Kamera ini tidak terlepas daripada menggunakan teknologi wireless iaitu WI-Fi dan NFC.Apa yang menariknya fungsi bluetooth turut ditampilkan.Kebanyakkan kamera tiada fungsi sambungan bluetooth yang kini dimonopoli oleh Wi-Fi dan NFC.

Dua butang dial dan antaramuka hibrid
Nx500 mempunyai dua butang kawalan dibahagian atas panel dan belakang yang memudahkan pelarasan kawalan kamera sepertimana prosumer dslr. Antaramuka hibrid membolehkan touch screen juga boleh digunakan untuk mengubah setting pada kamera selain untuk touch focus.

Skrin
Skrin bersaiz 3 inci boleh dilipat hingga 180 darjah untuk mengambil gambar selfie. Penggunaan Super AMOLED skrin memudahkan penglihatan semasa cuaca terang dan menampilkan gambar yang diambil lebih jelas.


 9fps Continuous Shooting
Tangkapan gambar berterusan sehingga 9 keping sesaat menggunakan sistem autofocus termaju yang berterusan focus terhadap subjek yang bergerak

Kemampuan mengambilan gambar dalam keadaan kurang cahaya
ISO 100-25600
NX500 mempunyai kemampuan ISO setinggi  25600, memudahkan pengambilan gambar di dalam keadaan gelap dengan noise dan kekaburan yang minima

Pening kepala tak baca ayat kat atas nih? Macam baca buku ilmiah pulak. Macam mana Pak Long boleh pilih kamera Samsung daripada negara K-Pop pulak.Sebelum nih semua kamera Pak Long mai daripada negara J-pop. Tak terlintas pun guna kamera jenama Samsung. Handphone Samsung pun Pak Long tak pernah guna. Semua kerana penangan internet lah, mula-mula dok cari info pasal Sony a6000 dan Sony a5100. Lagi Googles lagi jumpa macam-macam model baru dipasaran. Antara yang menarik perhatian ialah Panasonic Lx 100, Panasonic G7, Olympus Em5 Markii ,Canon G1x Mark ii. Last sekali terjumpa Samsung nx500. Dengan spesifikasi yang menarik  diambil daripada Samsung NX1, model flagship Samsung. Memang nak beli pun mahailah kamera NX1 nih.Body saja dekat Rm4k dah, dapat adiknya NX500 pun jadilah.

Selalunya Pak Long survey harga dalam laman web Lazada. Dapat harga paling murah RM2k, tapi x dak waranti lah pulak. Googles lagi jumpa laman web  gadgetria sedang buat promosi kamera Samsung, Samsung Nx500 mahai 2 ratus daripada Lazada dan semestinya ada waranti setahun dan boleh beli kat kedai terus. Pak Long pun beli kat salah satu kedai gadjetria di Pacific Megamall Prai, free 1 lagi bateri dan memori kad 16 gb.

Antara sebab Pak Long pilih Samsung NX500 daripada kamera lain ialah seperti kat atas tu. Kelebihan pada video 4k dengan codec terkini dengan saiz penyimpanan data yang lebih rendah. Berbanding Sony a6000, Nx500 boleh touch screen. Sesuatu yang mesti pada gajet masa kini. Dual kontrol seperti guna dslr prosumer memang memudahkan setting kamera. Touch screen bukan saja boleh set focus point tapi boleh guna menu pada kamera. Memang cepat jika nak tukar seting kamera.


 Dengan adanya lens power zoom terkini 16-50mm,  saiz lens menjadi pendek. Sebelum nih lens 18-50 mm memang panjang, x padan dengan body kamera yang kecik.Antara sebab lagi Pak Long memilih Samsung adalah sebab kit lens dia lebih sharp berbanding jenama lain. Sebelum nih yang tau kitlens Fujifilm ja yang ramai bagitau sharp. Sebelum nih memang dok tgk Fujifilm XM1 dengan XA1 yang harganya jauh lebih murah. Tapi pengalaman menggunakan Fujifilm x100 yang slow, x berani Pak Long nak try model Fujifilm lagi..kecuali model high end seperti XT1.

Setakat dok guna NX500 nih, memang puas hati, walaupun satu ja kekurangan dia, iaitu tiada evf, tapi itu tak menjadi penghalang sebab dok ambik gambar guna hp pun tak dak evf gak. Menu sangat senang nak master, sehari pun dah pandai. Custom setting macam-macam boleh buat. Nak setting sharpness, saturation, white balance pastu save sebagai custom setting yang boleh diguna pada mana-mana mode memang terbaik. Lagi satu kamera nih ada setting minimum shutter speed yang tak terdapat pada a6000. Mode video selepas di updates firmware 1.1 ada promode, boleh ambik video sehingga 70mbs. dan ada focus peaking masa mode video.

Fungsi touch screen macam guna handphone sangat senang nak ambik video, nak set fokus point, nak tukar drp continous focus kepada manual memang cukup senanglah.

Tips
  • Masa cahaya kurang, kamera akan hunting untuk focus, jadi dengan adanya touch screen biar kamera autofokus kemudian hanya touch ke mode manual fokus untuk mengelakkan hunting. 
  • gunakan butang power zoom untuk video yang lebih smooth
  • gambar bersaiz 8mp boleh diextract daripada video 4k semasa semasa playback dalam kamera
  • jika susah nak focus guna shutter button, guna touch screen utk focus
 Lens Lineup
Apa guna ada interchangeable lens system jika tak guna lens lain selain kit lens kan. Samsung menawarkan senarai lens dengan pilihan yang menarik. Harga pun tak lah mahai berbanding lens daripada jenama lain dalam kategori apsc mirrorless , kualiti pun ok.
  • 10mm Fisheye f/3.5
  • 12-24mm f/4-5.6
  • 16mm f/2.4
  • 16-50mm f/2–2.8
  • 16-50mm f/3.5–5.6
  • 18-55mm f/3.5–5.6
  • 18-200mm f/3.5–6.3
  • 20mm f/2.8
  • 20-50mm f/3.5–5.6
  • 30mm f/2
  • 45mm f/1.8
  • 50-150mm f/2.8
  • 50-200mm f/4–5.6
  • 60mm f/2.8–32
  • 85mm f/1.4–22



Kesimpulan
Dengan harga dibawah rm2.5 k menjadikan kamera Samsung NX500 adalah kamera dengan sensor apsc yang termurah berkeupayaan video 4k. Dengan adanya fungsi touch screen menjadikan NX500 merupakan pesaing utama kepada Sony a6000 yang  lebih popular dan menjadi peneraju dalam kelasnya. Pilihan ditangan anda. Tapi Pak Long pilih k-pop juga.